Sederhana Itu Indah
bila resah tubuhku oh terasa kedinginan
bila rindu kurasa apa yang ku rasa keinginan
bila bersama potret manja kurasa kegersangan
bila rindu ku rasa apa yang kurasa keghairahan
kemabukkan cinta membuat aku terjerat
adakalanya mati orang kusengat
itu bukan kupinta cara ku bukan paksaan
bukannya aku melayan terlanjur pun bukan
telah pun kau ingin mencuba menggoda merasa
hendak ku cuba menolakkan kekuatan iman didada
melonjak aku lemah dalam situasi ini
hanya syaitan menunggu menanti
niatku terpesong jiwaku yang kosong
seperti kosong-kosong
peluru-peluru yang kosong tak tunggu
bila teruna bertemu dara
seperti bidadari yang sedang menunggu kasih
diulit dibuai mimpi-mimpi yang indah
aksi yang hangat tidak dapat kulupa
sekali ia menjelma disitu aku tergoda
taman yang sungguh indah dijaga
kini diteroka
dengusan nafas berlumba-lumba
riuh kedengaran rentak lagu tubuh megikut melodi
nafas mengikut naluri
peluh mencurah-curah membasahi kamarku ini
aku termanggu engkau mendagu
asmara yang menusuk didalam kalbu batinku meronta
meminta-minta kepuasan akan berakhir
siang akan menjelma
tidak mahu tidak boleh
dan tidak tidak lagi
kata-kata semangat pabila kuteringat
kuteringat terkenang kembali bila bulan mengambang
hati tak senang tak duduk diam
terbayang kenangan bersamamu
mengapa harus aku melaluinya
melanda merana
oh mengapa harus aku yang harus terpedaya
terpedaya digoda olehnya
bila aku terjaga tersedar dari mimpi
aku menyangkakan kau masih ada disisi
kusangkakan kau fantasi rupanya realiti
apa yang kulakukan itu yang kau ingini
usahlah bersalah apa yang terjadi
masih ada tuk kita bersama untuk meniti hari
apa yang kau ingini
tak terlintas di hati untuk ku ulangi
0 comments
Post a Comment